INSPIRASI DARIPADA BUKU RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN.





Ramai orang yang berjaya ketika orang lain tidak percaya dirinya akan berjaya. Namun tidak ada orang yang berjaya ketika dia sendiri tidak yakin yang dirinya akan berjaya.



Begitulah pentingnya keyakinan diri. Ia lebih penting daripada ilmu, kemahiran dan maklumat yang dimiliki oleh seseorang. Keyakinan adalah janakuasa dalam diri yang melahirkan keberanian, kegigihan dan harapan dalam kehidupan. 



Prinsip itulah yang akan kita hayati apabila membaca buku:


Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.


Buku ini bukan ditulis hasil daripada penulisnya membaca teori tentang kejayaan seseorang, tetapi daripada pengalaman seseorang yang telah melalui pahit maung dalam kehidupan.



Bukti hidup dan lambang kejayaan itu ada pada Muhammad Azlan Al Amin,iaitu pemuda berusia 33 tahun yang berjuang dari lembah kesukaran dan berjaya mendaki ke puncak kejayaan.



Insan ini yang suatu ketika dahulu lahir di lantai kemiskinan, pernah dibuang sekolah, dibuli, dikeji dan gagal dalam bidang pelajaran dan pelbagai pekerjaan,tetapi akhirnya mampu bergelar jutawan pada usia yang masih muda. 



Daripada kedudukan paling bawah yakni menjadi seorang pengutip sampah, kejayaan beliau umpama satu keajaiban jika dilihat secara selayang pandang. 



Mana tidaknya, hanya dengan berbekalkan RM 1.30, beliau mengharungi gelap malam yang pekat tanpa sebarang tujuan dan haluan. 



Di sebuah wakaf lama, beliau merenung nasib diri, mengalirkan air mata sambil mencari-cari jalan keluar. 



Dan malam itu menjadi saksi betapa doa seorang insan kerdil dijawab oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. 



Kisahnya menjadi lambang bahawa selagi adanya iman, selagi itulah adanya harapan. Harapan itulah yang menimbulkan ketahaban, lalu ketabahan akhirnya membuahkan kejayaan. 




Itulah kuncinya...Terus tabah dan jangan sesekali berputus asa!



Tuhan itu hampir, mengapa manusia harus meminggir? 



Kejayaan Azlan Al Amin menjadi fenomena yang mencetuskan inspirasi ramai. Kisah hidupnya ditulis, dibukukan dan diterbitkan.



Buku perjalanan hidupnya bukan hanya berkisah tentang perasaan, namun jua sarat dengan panduan  dan perancangan untuk mengukir kejayaan.



Ini menjadikan buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan sangat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia, pangkat, bangsa dan harta. 




Membaca adalah ladang ilmu,dan kita mengikat ilmu itu dengan mengamalkannya. Ilmu itu sendiri bermaksud ketibaan makna pada hati,lalu menyerlahkan rasa dan menggerakkan upaya untuk bertindak. 


Bacalah buku ini bukan  kerana ianya semata mata tentang Azlan Al Amin, tetapi tentang prinsip, keyakinan, visi dan misi untuk anda, mereka dan kita semua. Ada cerita kita dalam ceritanya, iaitu cerita tentang sebuah perjuangan untuk menggapai impian tertinggi dalam matlamat hidup kita.


Baca dan nikmati serta hayatilah buku ini!


Insya-Allah dengan perkongsian di dalamnya,mudah mudahan kita semua akan sentiasa termotivasi dan terinspirasi untuk berjaya dengan lebih cemerlang!


TEMPAH SEKARANG!


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN